BALI, 29 Mei 2013 - Kajian agensi pelancongan tempatan menunjukkan, sebahagian besar pengunjung Bali berkata, pulau itu masih menjadi destinasi kegemaran mereka di Asia Tenggara.
Daripada 1,000 responden yang ditemui agensi berkenaan, 41.1 peratus berkata, Bali adalah destinasi yang paling diutamakan berbanding pusat percutian lain. Berada di tempat kedua ialah Thailand (20.9 peratus), Singapura (15.4 peratus), Vietnam (7.2 peratus) dan Malaysia (5.7 peratus).
Mengenai kepuasan percutian, 53.5 peratus responden berkata, mereka “sangat berpuas hati” dengan apa yang dialami di Bali, manakala 39.5 peratus berpendapat, mereka “berpuas hati.”
Sebanyak 5.8 peratus mendapati Bali “agak memuaskan” berbanding hanya 1.2 peratus menganggap pulau percutian itu “tidak memuaskan.” Kajian sama turut menunjukkan 59.5 peratus pengunjung kali pertama atau berulang mahu datang semula ke pulau itu untuk percutian akan datang. Lebih separuh daripada responden atau 61.7 peratus adalah pengunjung kali pertama Bali.
Ketua agensi itu, Kade Subhiksu berkata, keputusan berkenaan agak memberangsangkan kerana responden adalah pelancong asing, termasuk dari Australia, China, Korea Selatan, Britain dan Amerika Syarikat. - AP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan