Isnin, 18 Mac 2013

Tulang gajah purba ditemui

DUA pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador berdiri dekat rangka tulang gajah purba di Sungai Tomayate, Apopa kelmarin.- Reuters

 

APOPA, El Salvador, 16 Mar 2013 - Sekumpulan pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador menemui rangka tulang seekor gajah purba di Sungai Tomayate, di sini pada Februari lalu.

 

Haiwan itu dipercayai pupus kira-kira 12,000 tahun lalu.

 

Sekumpulan pekerja muzium itu membersihkan tulang-tulang tersebut daripada debu dan tanah. Tulang-tulang itu ditemui selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di kawasan tersebut.

 

Beberapa pegawai berkata, pakar-pakar hidupan purba kini meneruskan usaha untuk mencari fosil-fosil kehidupan haiwan lain di kawasan itu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan