Dua kajian baru menunjukkan susu coklat merupakan minuman terbaik selepas bersenam.
Para pengkaji daripada Universiti Texas di Austin mendapati para atlit mempunyai lebih tenaga selepas minum susu coklat berlemak rendah, berbanding minuman sukan berkabohidrat atau minuman bebas kalori.
Seorang profesor sukan dan makanan berkhasiat untuk senaman di Loughborough University menyatakan: 'Terdapat dua perkara yang anda cuba lakukan selepas bersenam, iaitu mengembalikan tenaga dan menggalak otot yang telah digerakkan memberi respons sebaiknya dan menjadi lebih kuat.
'Sedikit protein akan memberi keberkesanan yang diingini. Dan jika anda minum susu, anda mendapat sumber protein dan konsisten selain air dan elektrolite.
'Komponen coklatnya pula menawarkan tambahan karbohidrat yang penting. Kandungan gulanya yang tinggi dapat mengembalikan tenaga yang hilang.' - Dailymail

Tiada ulasan:
Catat Ulasan