GENEVA, 7 Mar. 2013 - Keputusan siasatan berhubung dakwaan bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat mati diracun tidak akan diketahui sehinggalah akhir bulan Mei ini, menurut makmal Switzerland yang menjalankan ujian itu, semalam.
"Terdapat dua siri ujian yang perlu dijalankan. Siri pertama telah selesai dan sekarang ini ujian kedua pula akan dilakukan.
"Jadi tidak akan menerima keputusan ujian itu sehingga Mei ini," kata jurucakap Pusat Perubatan Undang-Undang Universiti Switzerland di Lausanne, Darcy Christen.
Menurut Christen, kelewatan itu berlaku ekoran perlunya keputusan itu dianalisis secara terperinci, sebelum mengeluarkan laporan rasmi. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan