Selasa, 5 Mac 2013

Kahwin kurangkan risiko sakit jantung

S

atu kajian di Finland mendapati, individu yang tidak pernah berkahwin mempunyai risiko yang tinggi diserang sakit jantung tidak kira usia dan jantina. Kajian tersebut dilakukan ke atas pendudukan Finland dari pelbagai peringkat usia. Kajian yang dilakukan ke atas pasangan yang sudah berkahwin mendapati peratus untuk mereka diserang sakit jantung adalah rendah berbanding dengan mereka yang belum berkahwin.

 

Dalam satu keadaan yang dikenali sebagai Acute Coronary Syndrome (ACS), kajian dilakukan terhadap keadaan ini dikaitkan dengan sosio-karakteristik demografi, status perkahwinan dan juga saiz isi rumah.

 

Kajian terhadap 15,300 kes ACS ini mendapati, dalam jangka masa 10 tahun lebih 7,703 daripada mereka akan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari. Keadaan ini berlaku secara sama rata pada lelaki dan wanita. Bagaimanapun, peratus penghidap ACS yang meninggal dunia dalam tempoh 28 hari lebih kepada golongan lelaki berbanding golongan wanita yang tidak berkahwin.

 

Sementara itu penemuan mendapati beberapa kes yang melibatkan kematian dalam kalangan lelaki dan wanita bujang (berseorangan) adalah lebih tinggi daripada kalangan mereka yang tinggal dengan lebih ramai teman. Kemungkinan mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah lebih terdorong untuk kekal bujang sehingga mereka meninggal dunia. Keadaan ini biasa terjadi kepada mereka yang menghidap penyakit kronik.

Manakala pasangan berkahwin pula mungkin mempunyai kesihatan yang lebih baik dan mendapat sokongan yang lebih tinggi berbanding mereka yang bujang dan secara tidak lansung mempengaruhi kesihatan dan kehidupan mereka secara menyeluruh.


 

** Selalu juga dengar kaum lelaki kalau kena serang sakit jantung tu salah satu sebab mungkin terlalu kerap melepaskan nafsu sendirian dan mungkin juga ada sebab-sebab lain yang lebih munasabah. Kalau kaum wanita tidak tahu pulalah kalau itu pun salah satu sebabnya. Tak rugi pun kalau kahwin ni, banyak baik daripada buruknya pun kan. Risiko diserang sakit jantung pun rendah dan hidup pun lebih terurus kan. So baik kahwin cepat, tak rugi pun tau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan