J |
angan ingat menggosok gigi sahaja sudah cukup memadai untuk mendapatkan gigi sihat dan kuat. Jika pandang remeh dengan kesihatan gigi, anda bakal mendapat plak yang mampu terbentuk antara empat hingga 12 jam selepas memberus.
Tahukah anda, 95 peratus masalah gigi berpunca daripada plak?
Plak merupakan selaput melekit tidak berwarna dan dihasilkan bakteria yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Ia terjadi disebabkan air liur, makanan dan cecair bergabung menghasilkan selaput melekat pada gigi serta di antara permukaan gigi dan gusi.
Pastikan anda gosok gigi dua kali sehari diikuti dengan flos untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai, terutamanya di celah-celah gigi bagi membanteras plak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan