Jumaat, 8 Mac 2013

Hujan, Itu DugaanNya

J

ika Anda selalu berfikir apabila hujan sedang turun, Anda pasti akan dapat menafsir beberapa motivasi tersirat di sebalik titisan-titisan hujan itu.

 

Hujan ada dugaan tersendiri. Apa dugaannya hujan?

Halangan.

H

alangan kepada perjalanan, halangan kepada aktiviti kita.

Dalam usaha kita menuju kejayaan, halangan sudah pasti. Dugaannya hujan adalah halangan.

Kesejukan menjadi dugaan utama ketika kita meredahi hujan, terutama tanpa payung serta tanpa ada tempat berteduh.

Selepas itu, dugaannya hujan adalah basah.

Sesiapapun tak suka basah mahupun dibasahkan tanpa kerelaan. Begitu juga dugaan. Kita pun sendiri tak suka dengan dugaan yang muncul tanpa kerelaan kita, kita tak suka di duga tanpa kerelaan kita. Kita jadi benci.

Bila di hati kita sudah tekad mahu berjaya, kita mesti sabarkan hati kemudian tempuh dugaan tu. Makin kuat tekad kita, maka akan besarlah cabaran di hadapan kita. Makin sukarlah dugaan sedia menanti di depan kita.

Hujan hanya sementara. Begitu juga dugaan, hanya sementara.

Tiap kali Anda di landa dugaan, tempuhinya dengan sabar. Yakinlah dugaan sifatnya hanya sementara, seperti hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan