PASIR MAS, 8 Mar. 2013 – Penduduk dinasihatkan agar berhati-hati agar tidak mudah mempercayai sebarang pesanan ringkas (SMS) yang dihantar melalui telefon bimbit.
Aktivis masyarakat, Ismail Dawood berkata, banyak SMS diterima, menyamar sebagai bapa, ibu mahupun anak, dengan meminta pertolongan.
“Penjenayah akan mereka cerita, bahawa mereka diragut sehingga menyebabkan telefon bimbit, dompet, kunci kereta dicuri. “Mereka mungkin akan meminta kita memasukkan wang ke akaun yang dihantar melalui SMS,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, jika ada yang menerima pesanan ringkas seumpama ini, mereka diminta untuk menghubungi pihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan