Jumaat, 22 Mac 2013

Eksport senjata Singapura meningkat

Singapura, 22 Mac 2013 - Republik ini kini menduduki tangga ke-20 senarai pengeksport terbesar senjata dunia, melonjak sebanyak 11 anak tangga dalam setahun, menurut data yang dikeluarkan Institut Kajian Keamanan Antarabangsa Stockholm (Sipri).

 

Menurut pakar pertahanan, lonjakan itu menggambarkan keupayaan pertumbuhan industri berkenaan di republik berkenaan.

 

Lebih banyak negara kini mengakui Singapura semakin meningkat dalam persaingan global berkait dengan pasaran pertahanan,” kata Dr Michael Raska, felo penyelidik di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam.

Data Sipri menunjukkan eksport terbaru senjata Singapura termasuk 115 kereta perisai anggota (APC) kepada Britain bernilai RM681 juta, 10 kenderaan sama kepada Thailand. Sebuah kapal penyerang amfibia tahan lasak juga dijual kepada Thailand dengan harga RM660 juta dan diserahkan tahun lalu.

 

Singapura membekalkan kelengkapan pertahanan kepada negara Afrika, termasuk enam helikopter ringan kepada Chad dan dua bot peronda kepada Nigeria. - ST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan