SYDNEY, 20 Mar 2013 - Negara pengeksport daging lembu terbesar ketiga, Australia mengesahkan, kira-kira 40 lembu ternakan negara itu mati akibat serangan Antraks.
Jurucakap Jabatan Perusahaan Utama (DPI) New South Wales, Steve Green berkata, penularan wabak itu kini terkawal dan tidak menjejaskan pengeksportan daging ke luar negara.
“Semua lembu di vaksin dan tiada kes kematian sejak 9 Mac lalu,” katanya dipetik laporan Reuters. Menurutnya, pengimport tidak perlu bimbang kerana kebanyakan lembu berada pada tahap kesihatan baik dan dagingnya juga tidak tercemar.
Wabak itu mula ditemui di dua ladang penternakan di Moree, barat daya New South Wales, bulan lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan