D |
alam meniti hidup ini bahagia dan keciwa adalah merupakan asam garam kehidupan. Yang hilang dari pandangan, terlepas dari yang telah digenggam, semua ini agak sukar dilalui. Perlu diingat bukan semua yang kita ingini akan tercapai dan impian akan menjadi satu kenyataan.
Dalam saat begini perlukan kekuatan jiwa supaya jangan berputus asa bagi meneruskan perjalanan ini.
Sekiranya apa telah tersurat adalah milik kita pasti akan diperolehi, pasti Allah akan beri anugerahNya. Bilamana ia bukan menjadi milik kita walaupun telah menghampiri tapi tidak tercapai tangan kita bagi memilikinya. Tak perlu kita tangisi kerana tidak dapat memilikinya.
Masih ada perjalanan yang lain yang mempunyai cahaya untuk kita merenungi peluang masih ada. Pada kekuatan diri dan langkah yang berupaya melaluinya. Memang kita punyai kehendak dan keinginan, tapi adakah akan semua tercapai, sebab bukan semuanya yang akan menjadi milik kita. Cuba kita renungkan berapa banyak orang yang berjaya memiliki kejayaan termasuk kekayaan tetapi ada diantaranya yang sombong dan bongkak membuat perlangaran hukum dan juga menggunakan harta ke jalan yang salah bagi membeli nikmat dunia.
Wahai jiwa yang gundah dengarlah sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud;
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah). Allah jualah Yang mengetahui (semua itu) sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah 216)
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang di-berikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Al-Hadiid 22:23)
Jesteru itu janganlah hanyut dalam duka nestapa tentang apa yang dilalui, jangan dibiarkan berpanjangan terhadap apa yang yang telah luput dari kita. Kerana seorang mukmin tidak akan hanya memandang dan merasakan perlu di dunia bagi meraih kebahagian sepenuhnya, walaupun sehebat mana penghidupan di dunia tetapi hanya perbuatan dan amalan yang baik akan dibawa diakhirat yang akan dipandang oleh Allah, jadikanlah dunia ini bagi melabur untuk akhirat kelak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan