Isnin, 18 Februari 2013

Spesies baru burung hantu ditemui di Indonesia

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor burung hantu spesies baru yang ditemui di Lombok.

JAKARTA - Sekumpulan penyelidik menemui spesies baru burung hantu di Indonesia, kata seorang saintis, George Sangster semalam.

Burung hantu Rinjani Scops berwarna putih dan perang itu pada mulanya ditemui di Pulau Lombok pada tahun 2003 ketika para penyelidik mencari burung hantu lain.

"Kini terdapat seekor burung hantu yang cantik berasal dari pulau itu.

"Kami berharap lebih ramai pemerhati burung akan melawat Lombok," kata Sangster. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan