Rabu, 27 Februari 2013

Osama digugurkan dari sekatan

NEW YORK, 26 Feb. 2013 - Jawatankuasa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggugurkan nama Osama bin Laden daripada senarai individu yang dikenakan sekatan perjalanan selepas dua tahun kematiannya.

 

Bagaimanapun, arahan pembekuan aset pemimpin al-Qaeda itu masih kekal.

 

Osama dikenakan sekatan perjalanan dan pembekuan aset sejak disenaraihitamkan oleh badan itu pada Januari 2001. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan