Rabu, 20 Februari 2013

Emigran jadi warga Singapura meningkat

SINGAPURA, 20 Februari 2013 - Lebih ramai emigran Indonesia menjadi warga Singapura sejak dua tahun lalu.

Jurucakap Kedutaan Indonesia memberitahu, rekod menunjukkan angka meningkat dari 740 pada 2011 kepada 870 orang pada tahun lalu.

Difahamkan, kebanyakan daripada mereka memperoleh status kerakyatan itu selepas berkahwin dengan penduduk tempatan.

Sabtu lalu, ribuan penunjuk perasaan mengadakan protes terhadap rancangan membenarkan kemasukan lebih ramai warga asing bagi menambah populasi di negara itu. - Jakarta Globe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan