TWISTIES jenama terkenal bagi produk makan ringan berasal dari Australia sejak lebih 50 tahun dahulu.
K |
etika ini ia terdapat di beberapa pasaran dunia termasuk Australia; New Zealand; Singapura; Malaysia; Malta, Mauritius; Papua New Guinea; dan Fiji.
Ia diperkenalkan pada 1950 oleh General Foods Corporation sebelum cap dagangnya diambil alih oleh Smith’s Snackfood Company pada 1964.
Twisties adalah salah satu makanan ringan paling popular di Australia. Smith’s Snackfood Company pernah memberi kenyataan bahawa ia mendakwa Twisties adalah sebagai tanda ‘Pemacu produk makanan ringan (snek)’.
Twisties dihasilkan daripada campuran jagung hancur dan beras yang kemudian diadun bersama air. Sehubungan itu, Twisties juga terkenal sebagai snek bijirin yang sesuai dimakan oleh semua orang tidak mengira peringkat usia.
Cara penyediaannya bermula dengan adunan dua bahan asas iaitu beras dan jagung bersama air. Selepas itu, proses dilanjutkan dengan proses menekan doh campuran tersebut di atas plat logam untuk mencipta bentuk yang tidak teratur namun unik sebelum dimasuk ke dalam ketuhar pemutar.
Ketuhar tersebut memanggang pada suhu tekanan tinggi untuk membentuk karakteristik Twisties a iaitu permukaan yang berbonjol dan bentuk berlekuk-lekuk. Setelah itu, potongan-potongan yang siap dipanggang itu akan ditambah bahan perasa selain minyak sayuran.
Twisties awalnya hanya tersedia dalam perasa keju, tapi perasa ayam kemudian diperkenalkan dan ia menjadi sebahagian standard dalam garis produk.
Bagaimanapun, perasa itu kemudiannya berkembang dengan mempunyai kepelbagaian perasa lain seperti Toffee, Tomato dan Salmon Teriyaki yang mengikut cita rasa negara berlainan.
Twisties diiklan secara komersial selama beberapa tahun bermula 1984 dengan menggunakan slogan “Kehidupan cukup membosankan tanpa... Twisties”.
*Sumber: http://www.smiths.com.au/student/twisties.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan