Kiyoshi Kimura (tengah) memotong ikan tuna bluefin 222kg di restorannya di Tokyo, Jepun hari ini. - Foto EPA
TOKYO, 5 Januari 2013 - Jepun hari ini mencatatkan rekod apabila seekor ikan tuna 'bluefin' dijual pada harga 155 juta yen (RM5.1 juta) iaitu hampir tiga kali ganda berbanding harga tahun lalu.
Secara tradisi harga yang tinggi menandakan kadar permulaan tahun.
Malah harga yang dibida hari ini disifatkan sebagai "agak mahal" oleh pemilik restoran sushi, Kiyoshi Kimura yang turut membayar harga yang tinggi tahun lalu.
Harga RM5.1 juta itu dibayar bagi tuna seberat 222 kilogram (kg), yang ditangkap timur laut. Ia 47kg lebih ringan berbanding harga paling tinggi dibayar tahun lalu.
Harga tinggi tahun lalu ialah 56 juta yen.
Bagaimanapun harga tidak digambarkan oleh kualiti ataupun saiz ikan, sebaliknya lebih dikaitkan dengan publisiti dan ramalan suasana perniagaan satu-satu tahun.
Ikan dilelong di pasar Tsukiji, yang memperdagangkan produk bernilai jutaan ringgit dan lokasi popular bagi pelancongan bermula pada jam 5 pagi waktu tempatan.
Sebaik sahaja membida harga tertinggi, Kimura menghantar tuna itu ke restorannya, Sushi Zanmai, yang terletak tidak jauh dari pasar.
Laporan media memetik beliau sebagai berkata, beliau mahu "menggalakkan rakyat Jepun" menerusi bidaannya.
Tuna itu dijual AS$7,600kg (RM22,800kg).
Potongan terbaik tuna 'bluefin' yang dikenali sebagai "o-toro" boleh dijual sehingga 2,000 yen (RM70).
Ai Kano, kakak-kanak berusia enam tahun, menikmati Otoro (bahagian ikan tuna yang lazat) di restoran Sushizanmai milik Kiyomura Co di Tokyo. Setiap Otoro berharga kira-kira RM16 (498 yen).
Presiden restoran Sushizanmai, Kiyoshi Kimura (tengah) memotong ikan tuna 'bluefin' seberat 222kg, yang dibeli dengan harga RM5.1 juta ketika lelongan pertama tahun 2013 di Tsukiji Market, Tokyo, Jepun semalam.
Dengan bantuan dua pekerjanya, Presiden restoran Sushizanmai, Kiyoshi Kimura (tiga, kanan) berjaya memisahkan kepala ikan tuna 'bluefin' seberat 222kg, yang dibeli dengan harga RM5.1 juta di Tsukiji Market, Tokyo, Jepun semalam.
Kiyoshi Kimura (tengah) memotong ikan tuna 'bluefin' seberat 222kg menjadi bahagian-bahagian yang kecil sebelum dihidangkan kepada pelanggannya.
Tiga potongan kecil ikan tuna 'bluefin' yang seberat 222kg.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan