Jumaat, 11 Januari 2013

Tips Penjagaan Kanta Lekap

K

ajian menunjukkan 75 peratus orang Asia yang memakai kanta lekap tidak melakukan penjagaan yang betul ke atas kanta lekapnya. Sikap ini boleh menyebabkan infeksi kepada mata kesayangan.

Ish, janganlah disebabkan kanta lekap, anda hilang anugerah yang dikurniakan tuhan pula.

Tahukah anda, hanya kurang dari seminit diperlukan untuk menggosok dan membilas kanta lekap setiap hari. Takkan tu pun tak boleh. Hehe...Teknik pembersihan yang betul menghalang bakteria daripada menjangkiti kanta lekap dan meminimumkan kemungkinan infeksi.

Ini sebahagian tip penjagaan kanta lekap yang betul.

1.      Gosok dan bilas

Gosok dan bilas kanta lekap selepas setiap kali anda memakainya.

 

2.      Jangan simpan lebih daripada seminggu

Kalau anda dah menyimpan kanta lekap lebih daripada tujuh hari, rendam dahulu dengan disinfektan sebelum memakainya semula.

 

3.      Jangan guna air paip

Jangan gunakan air paip untuk menyimpan kanta lekap. Ia boleh merosakkan kanta lekap dan mengundang infeksi kepada mata.

 

4.      Jangan letak berdekatan tandas dan bilik air

Udara di sekitar tandas dan bilik air boleh menyebabkan kontaminasi kepada kanta lekap. Pastikan anda meletakkannya di dalam bilik tidur atau tempat lain yang selamat.

 

5.      Jangan pakai ketika berenang

Air di kolam renang juga berisiko memberi kontaminasi kepada kanta lekap. Seeloknya, gunalah goggle sekali kalau betul-betul anda tak nampak dan tak mahu tanggalkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan