Khamis, 10 Januari 2013

Terapi tunggang kuda atasi ketagih

INCHEON, 9 Jan. 2013 - Satu program terapi menunggang kuda menjadi kaedah baru ibu bapa di Korea Selatan untuk membendung masalah ketagihan melayari internet terutamanya laman lucah dalam kalangan remaja negara ini.

Sebagai negara yang dua pertiga daripada penduduknya memiliki telefon pintar, masalah ketagihan terhadap internet dalam kalangan remaja menjadi isu utama di Korea Selatan.

Maklumat kerajaan menunjukkan, kira-kira 680,000 kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 tahun hingga 19 tahun sering menghabiskan masa melayari Internet.

Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan tampil dengan program yang dikenali sebagai 'Shutdown Law' pada tahun lalu iaitu melarang remaja berusia 16 tahun ke bawah melayari internet dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan