Isnin, 14 Januari 2013

Jumpa tinggalan sejarah zaman purba

Muscat : Kubur lama yang ditemui Polis Diraja Oman ketika membina pos pemeriksaan baru di sempadan negara itu di Aswad membawa kepada bukti sejarah terhadap petempatan purba sekitar 2000 SM.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Antikuiti Kementerian Warisan Dan Kebudayaan, Sultan al-Bakri berkata, pos kawalan polis berkenaan akan tetap dibina di tapak asal.

“Kubur purba itu pula akan dilindungi sepanjang projek berkenaan dijalankan,” katanya. Sultan berkata, sekumpulan pakar arkeologi mengkaji kubur berkenaan selepas dimaklumkan polis mengenai penemuan kawasan tersebut di situ.

“Pasukan penyelidik menemui kawasan petempatan dan kubur purba yang wujud pada era Wadi Souq antara 1900 dan 1100 SM,” katanya. Ketika ini, kata Sultan, kawasan seluas tiga kilometer persegi itu dikaji pihak penyelidik.

“Fasa seterusnya ialah mengkaji jika wujud lagi tapak purba yang lain di sekitar kawasan Aswad,” katanya. - SG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan