Jakarta - Joko ‘Jokowi’ Widodo disenaraikan di tempat ketiga dalam Hadiah Datuk Bandar Dunia 2012 selepas Iñaki Azkuna, Datuk Bandar Bilbao, Sepanyol dan Lisa Scaffidi, Datuk Bandar Perth, Australia Barat.
Jokowi diberikan itu anugerah itu berikutan perkhidmatan cemerlangnya ketika menyandang jawatan Datuk Bandar Surakarta.
Antaranya membantu mengurangkan kadar jenayah yang tinggi dan menjadikan bandar itu sebagai pusat seni dan kebudayaan yang berjaya menarik pelancong antarabangsa, lapor World Mayor di laman webnya semalam. Jokowi juga dipuji kerana kempennya menentang rasuah.
Azkuna yang berada di senarai teratas diberikan anugerah itu atas usahanya membina semula Bilbao dan menjadikannya bebas hutang pada 2011.
Lisa yang menduduki senarai kedua dan turut memenangi penghargaan World Mayor atas perkhidmatannya terhadap bandar raya Perth dikatakan berjaya meningkatkan profil antarabangsa bandar raya itu, selain memberi keutamaan kepada isu sara diri.
World Mayor adalah projek yang diwujud dan dikendalikan oleh Yayasan Datuk Bandar yang bermula pada 2004. Ia bertujuan meningkatkan profil datuk bandar di seluruh dunia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan