Jumaat, 11 Januari 2013

Boston isytihar darurat wabak selesema

Boston, 10 Jan. 2013 - Datuk Bandar Boston, Thomas Menino mengisytihar darurat di wilayah itu semalam, ketika pihak berkuasa di seluruh Amerika bertungkus lumus menangani peningkatan wabak selesema.

Boston menyaksikan peningkatan 10 kali ganda kes berkenaan pada permulaan musim selesema tahun ini berbanding tempoh 2011 hingga 2012.

"Ini adalah musim selesema paling teruk sejak 2009. Orang ramai perlu menangani wabak ini secara serius", katanya yang menambah, bandar raya itu merancang menawarkan suntikan vaksin percuma untuk penduduk yang belum menerimanya.

Pegawai berkata pihaknya menjangka peningkatan mendadak jangkitan selsema dari Maine hingga ke North Carolina, manakala hospital memperketatkan peraturan ke atas pelawat, selain membuka lebih banyak kemudahan baru untuk pesakit.

Sementara itu, profesor madya epidemiologi Sekolah Kesihatan Umum Harvard, Dr William Hanage berkata, menggalakan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin adalah cara paling berkesan untuk menangani jangkitan selesema. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan