Jumaat, 4 Januari 2013

Al-Jazeera beli stesen TV Gore

NEW YORK - Al-Jazeera kini memiliki rangkaian kabel bermasalah, Current TV, sekali gus memberikan stesen itu akses kepada berjuta-juta penduduk Amerika Syarikat, lapor The New York Times, semalam.

Akhbar itu melaporkan, al-Jazeera selama ini memang mencari jalan untuk menyebarkan programnya kepada penduduk AS dan pemilikan itu membolehkan ia menjadi realiti.

Current TV diasaskan bekas Naib Presiden AS, Al Gore.

Menurut akhbar berkenaan, terma perjanjian pemilikan rangkaian itu belum didedahkan, tetapi majalah Forbes mendakwa, ia mungkin membabitkan pembayaran sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion).

Daripada jumlah itu, Gore mungkin mendapat untung sehingga AS$100 juta (RM303 juta).

Ketika ini, Current TV dilanggan kira-kira 60 juta penduduk AS. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan