Sabtu, 22 Disember 2012

WikiLeaks akan siar 1 juta fail semua negara 2013

London, 21 Dis. 2012 -  WikiLeaks akan menyiarkan satu juta dokumen semua negara di dunia tahun depan.

Pengasasnya, Julian Assange mendedahkan perkara itu ketika berucap di anjung Kedutaan Ecuador di sini, kelmarin.

Ucapan sempena Krismas itu menandakan enam bulan beliau berlindung di kedutaan itu bagi Pada masa sama, beliau juga menekankan kesediaan untuk berunding.

1 juta dokumen

Kita akan terus sibuk tahun depan. WikiLeaks ada lebih sejuta dokumen untuk disiarkan membabitkan semua negara di dunia,” katanya disusuli tepukan gemuruh 100 penyokongnya.

Meskipun menghabiskan enam bulan di kedutaan itu, WikiLeaks menyiarkan dokumen mengenai Syria dan topik lain tahun ini.

Bekas penggodam komputer berusia 41 tahun itu berterimakasih kepada Presiden Ecuador, Rafael Correa kerana memberi perlindungan kepadanya selain mengecam Amerika Syarikat dan negara Barat lain.

Demokrasi sebenar bukan Rumah Putih tetapi penentangan orang yang ada kebenaran dari Tahrir hingga London,” katanya lagi.

 

Buka pintu runding

Tetapi, Assange juga berkata: ‘Pintu terus terbuka kepada sesiapa yang mahu berunding dengan saya bagi menyelesaikannya.”

Duta Ecuador turut mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Ketika semua orang sama-sama menyambut perayaan (Krismas), Ecuador mengesahkan semula keputusannya sejak enam bulan lalu terhadap orang yang dihukum kerana berfikir dan menyuarakannya secara bebas.

Sekarang adalah masa untuk mengkaji semula dan merapatkan hubungan. Bagi pihak negara, saya tekankan sekali lagi sokongan kepada Julian Assange,” kata kenyataan itu. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan