Mumbai: Aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra, dinamakan Wanita Asia Paling Seksi Dunia, menurut tinjauan online yang dikendali majalah mingguan, Eastern Eye.
Priyanka, 30, mengalahkan pemegang gelaran, Kareena Kapoor dan pemenang tiga kali, Katrina Kaif, untuk merampas takhta wanita Asia paling seksi tahun ini.
“Priyanka mendapat tempat pertama diikuti Kareena dan Katrina,” menurut majalah berkenaan.
Kekal tiga teratas
Kelibat yang kekal tempat tiga teratas sejak beberapa tahun lalu, bekas Ratu Dunia itu menewaskan persaingan sengit daripada beberapa jelitawan seluruh dunia.
“Ia melengkapkan tahun impian buat Priyanka termasuk peranan utama dalam filem Agneepath, persembahan menakjubkan dalam filem Barfi! yang dicalonkan untuk Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Oscar dan melancarkan kerjaya pop peringkat antarabangsa di samping penyanyi terkenal, Will.i.am,” kata kenyataan majalah itu.
Hargai sokongan
Jelas gembira dengan kemenangan itu, Priyanka berkata: “Saya amat berbesar hati. Siapa yang tidak mahu gelaran ini diberikan kepada mereka! Terima kasih kepada mereka yang mengundi saya.”
Editor hiburan Eastern Eye, Asjad Nazir, yang menjadi pengerusi panel penghakiman percaya tahun impian akan memberikan landasan sempurna kepada pelakon itu untuk menjadi bintang Hollywood tahun depan.
“Pelbagai projek Priyanka pada 2012 digabungkan hubungan rapat dengan peminat secara online memberi kelebihan dan menambahkan peminatnya". - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan