Sabtu, 8 Disember 2012

Noken Papua diiktiraf warisan budaya dunia

Noken Papua digunakan masyarakat Orang Asli di Papua sebagai beg untuk mengangkat barangan keperluan dan pelbagai kegunaan lain.


 

PEKAN BARU, Riau - Noken Papua atau dikenali sebagai beg rajutan khas yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli di Papua, akhirnya diiktiraf sebagai satu daripada warisan budaya dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

 

Timbalan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Wiendu Nuryanti berkata, seluruh delegasi Jakarta bersyukur selepas noken diterima sebagai warisan dunia.

 

"Cadangan untuk menjadikan noken sebagai warisan dunia telah dilakukan sejak empat tahun lalu dan akhirnya mendapat pengiktirafan UNESCO yang dibarisi wakil dari 189 negara," katanya.

Menurut Wiendu, Indonesia mempunyai pelbagai budaya dan tradisi yang perlu dijaga dengan baik untuk menunjukkan kekuatan dan karakter bangsa yang teguh. - AGENSI

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan