Rabu, 26 Disember 2012

Kata-kata Syaidina Abu Bakar r.a.

Syaidina Abu Bakar r.a. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

 

1)    Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.

 

2)    Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

 

3)    Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.

 

4)    Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan