Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,
“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)
Ini adalah kerana para sahabat Rasulullah Radhiallaahu ‘anhu yang sangat mencintai Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam pun apabila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam masuk ke dalam sesuatu majlis, mereka TIDAK BERDIRI untuk beliau. Kerana mereka mengetahui bahawa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam TIDAK menyukai perkara tersebut.
Gambar Hiasan yang biasa berlaku dinegara malaysia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan