SINGAPURA, 18 Disember 2012 - Lebih banyak syarikat dan perbadanan multinasional (MNC) Singapura menumpukan pelaburan mereka di China dari wilayah timur ke barat.
Wilayah barat China, yang diterajui oleh hab kewangan Chengdu, semakin pantas menjadi destinasi pelaburan pilihan bagi syarikat Singapura, demikian menurut satu laporan penyelidikan bersama yang bertajuk "New Opportunities in Western China - Overseas (China) Investment Trend by Singapore Companies".
Laporan itu dikeluarkan oleh West China Development Research Centre of the Sichuan Academy of Social Sciences (SASS) dan East Asian Institute (EAI) of the National University of Singapore (NUS).
Menurut laporan itu pasaran China terus menyediakan potensi pelaburan yang luar biasa dan syarikat Singapura mengalihkan pelaburan mereka dari wilayah persisiran pantai di timur China ke bahagian baratnya.
Asia merupakan destinasi pelaburan pilihan bagi pelabur Singapura pada 2011, menyumbang kira-kira 55.8 peratus (US$227.17 bilion) daripada pelaburan langsung asing (FDI) Singapura pada 2011.
"Dari negara-negara Asia ini, China, Malaysia dan Indonesia menyumbang 57 peratus daripada jumlah FDI," kata laporan itu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan