Khamis, 6 Disember 2012

Bersinlah Sesuka Hatimu

Tahukah anda kepantasan udara yang dilepaskan ketika bersin boleh mencapai 160 km/jam? Bersin adalah proses untuk membersihkan saluran pernafasan. Ia dapat menghilangkan habuk serta beberapa penyakit. Melalui bersin juga dapat menggambarkan seseorang itu sihat atau sebaliknya.

Menurut Ketua Wellness Officer Cleveland di Amerika Syarikat, Dr. Michael Roizen, perbuatan menahan bersin ini boleh menyebabkan gegendang telinga pecah, hilang pendengaran, wajah bengkak sementara dan keretakan tulang rawan hidung. Kalau anda mahu bersin, bersinlah sesuka hati mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan