Jumaat, 28 Disember 2012

Banjir dan tanah runtuh diramal dominasi Indonesia tahun depan

JAKARTA, 28 Disember 2012 - Bencana hidrometeorologi diramal mendominasi pada tahun 2013 di Indonesia.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencara (BNPB) Indonesia, kejadian banjir, tanah runtuh, puting beliung, kemarau, kebakaran tanah gambut dan hutan serta laut bergelora akan mendominasi berbanding  bencana geologi, sosial dan biologi.

Diramalkan lebih 80 peratus bencana hidrometeorologi akan berlaku  daripada sejumlah kejadian bencana yang bakal berlaku sepanjang 2013, kata BNPB dalam kenyataan di laman webnya, semalam.

Peningkatan bencana hidrometeorologi itu tidak lepas daripada pengaruh perubahan iklim global dan antropogenik, katanya.

Antara diramalkan ialah kejadian banjir dan tanah runtuh berpotensi berlaku di Indonesia hingga April 2013 dengan puncaknya pada Januari-Februari 2013. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan