Khamis, 20 Disember 2012

67 wartawan terkorban sepanjang 2012

NEW YORK, 19 Dis. 2012 - Tahun 2012 menyaksikan sekurang-kurangnya 67 orang wartawan seluruh dunia terkorban ketika menjalankan tugas, sekali gus mencatatkan salah satu daripada rekod paling buruk sejak 1992.

Menurut Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) semalam, jumlah kematian itu meningkat sebanyak 42 peratus berbanding tahun lalu ekoran pelbagai krisis dunia seperti di Syria, Somalia, Pakistan dan Brazil.

Rekod paling buruk dicatatkan pada 2009, apabila seramai 74 wartawan terbunuh ketika menjalankan tugas, dan hampir separuh daripadanya dibunuh dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di wilayah Maguidanao di Filipina. - AFP

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan