Sabtu, 5 Mei 2012

Lidah

Allah swt berfirman ::   
"Tiada satu kata pun yang diucapkan (manusia) melainkan di depannya (dicatat) oleh Malaikat pengawas yang selalu hadir." (Surah Qaf: 18)

Hendaklah setiap muslim dapat menjaga lidahnya agar sentiasa terpelihara daripada gangguan syaitan. Barang siapa mudah melepas lidah seenaknya, (sewenang-wenangnya) tanpa dikendali dengan betul, maka lidahnya akan menjadi tempat lalu-lalang syaitan dalam segala keadaan.
 
Orang yang tidak menjaga lidahnya dan suka bercakap banyak, tidak mustahil akan terpesong dalam mengumpat, membicarakan kecacatan dan kekurangan orang  lain. Orang seperti ini pada hari kiamat walaupun membawa pahala kebajikan sebesar gunung akan dihancurkan oleh lidahnya sendiri.
 

Ibnul Mubarak bersenandung :-
Bukankah engkau wajib menjaga lidahmu,
Kerana lidah dapat segera meragut nyawa,
Lidah adalah alamat/tanda isi hati,
Menunjukkan apa yang ada di dalam fikiran.
 

Ibnu Muthi dalam syairnya berkata :-
Lidah seseorang adalah singa dalam kandang,
Bila dilepas ia pasti menerkam,
Kerananya jagalah daripada keburukan dengan berdiam,
Ia akan menjadi pelindung bagimu daripada bencana.
 

Ibnu Habban RA berkata :-
Lidah adalah ibarat binatang buas, 
Bila ditambat pemiliknya selamat,
Tetapi bila dilepaskan,
Dia menerkamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan