Sabtu, 19 Mei 2012

Gerhana Matahari Cincin Dijangka 20 Mei

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.
 
Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.
 
Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.
 
( Gambar - Contoh gerhana natahari cincin yang lalu )
 
Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei.
 
Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.
 
Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan