Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, especially lelaki akan letak dompet/wallet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Kadang-kadang benda yang remeh-temeh camni kita tak sedar.
Salah ke letak dompet/wallet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?
Ok lah, sebenarnya aku nak bagitahu yang sesiapa yang suka letak dompet dibelakang seluar.. SILA BERHENTI...!!
Sebab....
Lelaki yang suka meletakkan dompet (wallet) di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.
Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.
Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. So, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.
Kongsi Artikel dari Sini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan