Jumaat, 27 April 2012

Hadith :: Berakhlak Mulia

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia".
(Riwayat Abu Daud)
 
  1. Allah S.W.T. memberi  ganjaran  yang amat tinggi kepada orang  yang  berakhlak  mulia,  setaraf  dengan  orang yang berpuasa  serta  mendirikan sembahyang di tengah malam.
  2. Setiap  Muslim  hendaklah  berusaha  mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak.
  3. Mukmin  yang  mempunyai  akhlak  mulia,  bukan  sahaja mendapat kemulian di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan