Di kalangan manusia ada 2 jenis mata, mata lalat & mata lebah.
Mata Lalat : Cuba perhatikan jika lalat terbang di taman bunga yang indah , apakah yang ia perhatikan? Lalat walaupun di taman yang penuh dengan bunga-bunga & pohon yang cantik , ia tetap akan mencari makanan yang kotor.
Mata Lebah : Cuba perhatikan pula jika lebah terbang di kawasan pembuangan sampah , apa yang ia cari? Ia tetap mencari bunga yang wangi untuk dijadikan makanannya.

Apa moral dari dua jenis keadaan ini ?
Apakah kita dari jenis mata lalat yang hanya mencari kelemahan orang lain? Adakah kita mahu jadi seperti lalat, yang mencari makanan kotor?, kemudian hinggap pula pada sajian manusia & kemudian membawa mudarat pada yang memakannya?
Atau kita dari jenis mata lebah yang sentiasa mencari kebaikan orang lain? Adakah kita seperti lebah yang menghasilkan madu yang dapat menjadi ubat penawar pada penyakit manusia?
Alangkah baiknya jadi seperti lebah, hanya mencari yang elok meskipun dalam keaadaan yang kurang elok.
Sentiasalah bersangka baik. Apabila bersangka baik, tutur kata, tindakan, segalanya akan menjadi baik.
Marilah kita bersama-sama muhasabah diri....
Pesanan ini untuk diri saya juga.
Pesanan ini untuk diri saya juga.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan