GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan
beberapa juruteknik memerhatikan kenderaan Curiosity di Makmal NASA di Pasadena,
California.
CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat :
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan kenderaan
baru sebesar sebuah kereta yang akan meneroka planet Marikh.
Kenderaan itu yang diberi nama Curiosity
mempunyai lengan sepanjang dua meter dan dilengkapi laser untuk memusnahkan batu
di planet tersebut.
"Ini ialah mesin impian saintis Marikh," kata
timbalan ketua projek saintis Marikh di NASA, Ashwin
Vasavada.
Kenderaan itu bernilai AS$2.5 bilion (RM7.94 bilion) dan
ia akan bergerak ke kawasan yang mempunyai organik dan karbon di Marikh pada
Ogos tahun depan.
Kenderaan itu membawa seberat 4.8 kilogram plutonium yang
boleh menjana kuasa selama dua tahun di Marikh.
Ia sepanjang dua meter, lebar sembilan meter dan setinggi
dua meter. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan