Khamis, 15 Mac 2012

Coca-Cola, Pepsi tukar ramuan

CALIFORNIA : Pengeluar minuman terkenal Coca-Cola dan Pepsi akan menukar ramuan minuman berkarbonat mereka untuk mengelak daripada meletakkan label amaran barah yang diwajibkan di sisi undang-undang, di setiap botol minuman itu.
 
Perubahan itu dibuat selepas California meletakkan bahan kimia 4-methylimidazole, yang digunakan dalam pewarna karamel di kedua-dua jenis minuman itu dalam senarai karsinogen.

Kedua-dua Persatuan Minuman Amerika dan Pentadbiran Ubatan dan Makanan AS berkata, tiada bukti bahan kimia itu menimbulkan risiko kesihatan kepada manusia. - BBC 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan