Jumaat, 18 November 2011

Otak Penghidap autisme lebih berat

KANDUNGAN neuron di bahagian otak yang mengawal emosi lebih banyak ditemui dalam otak pesakit autisme.
 
MISTERI penyakit autisme atau kecacatan fungsi otak hampir terungkai apabila pengkaji menemui perbezaan keadaan otak pesakit.
 
Dalam Journal of the American Medical Association, pengkaji berpendapat kanak-kanak yang menghidap penyakit itu mempunyai saiz otak yang lebih besar.
 
Ia mengukuhkan lagi andaian bahawa penyakit itu adalah disebabkan pertumbuhan dan perkembangan otak yang tidak normal. bahagian otak yang penting untuk memproses emosi, komunikasi dan sosial berkembang secara berlebihan.
 
kajian ke atas kanak-kanak yang berusia dua hingga 16 tahun menggunakan teknik mikroskopik mendapati kandungan neuron pada bahagian korteks prafontal adalah 67 peratus lebih banyak daripada biasa.
 
Otak penghidap penyakit tersebut juga adalah 17.5 peratus lebih berat berbanding kanak-kanak normal.
 
" Perkembangan neuron itu berlakuketika prosess kehamilan iaitu pada usia 10 hinga 20 minggu kehamilan. " ujar ketua penyelidik, Eric Courchesne.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan