Tip ini mungkin membuat sesetengah wanita berasa gembira.
Para pengkaji di universiti Warwick dan Oxford Brookes mendapati bahawa memakai kasut tumit tinggi mungkin mengurangkan kemungkinan wanita mengalami masalah artritis pada lutut mereka pada jangka masa panjang.
Kajian itu pada awal tahun ini melibatkan seramai 111 wanita berusia antara 50 dengan 70 tahun.
Profesor Margaret Thorogood, daripada Sekolah Perubatan di Universiti Warwick, menyatakan:
'Kaum wanita yang memakai kasut tumit tinggi boleh menjangkakan bahawa pilihan kasut tersebut tidak akan menyebabkan masalah pada sendi dan mungkin juga mengelakkan masalah tersebut.'
Satu kajian berasingan pula menunjukkan bahawa dengan memakai kasut tumit tinggi, gaya hidup seks seorang wanita itu akan berubah.
Pakar urologi asal Italy, Dr Maria Cerruto, mendapati kasut tumit tinggi menjadikan kaki lebih ton selain menguatkan otot pelvis.
'Kasut tumit tinggi akan dapat menguatkan otot-otot yang ada kaitan dengan orgasme,' katanya. - Dailymail

Tiada ulasan:
Catat Ulasan