Khamis, 20 Oktober 2011

Terapi Diri

  • Orang  yang  menyediakan harta yang banyak bagi anak-anaknya tetapi tidak memperbaiki budi mereka, sama sahaja dengan orang yang  memberi cukup makanan kepada kuda-kudanya tetapi tidak pernah melatih supaya menjadi kuda yang berguna.



  • Jangan  bertambah  kesulitan  dan  kekhuatiran  anda  bersamaan bertambahnya  penghasilan  anda. Kenikmatan  yang paling besar adalah  berhasil  melakukan  hal yang  dikatakan orang anda tidak dapat melakukannya.

  • Garam  itu  masin rasanya apabila dimakan begitu sahaja,  akan tetapi  apabila dicampur dengan lauk pauk, akan sedap rasanya. Hidup tidak menarik apabila semuanya diperoleh dengan mudah.

  • Apabila  mahu  menyalahkan  orang  lain,  selidikilah dahulu diri sendiri,  sebab sering  kali terjadi kesalahan itu dimulai daripada kita sendiri. Sebelum memandang yang jauh periksa dan perhati-kan dahulu yang dekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan