Khamis, 20 Oktober 2011

Raja Bhutan kahwini pelajar :: 26G@f

PUNAKHA, Bhutan 13 Okt. - Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel melangsungkan perkahwinan dengan seorang pelajar daripada golongan kebanyakan dalam satu majlis penuh warna warni di sini, hari ini.

Namgyel, 31, mengahwini Jetsun Pema, 20, yang merupakan anak kepada seorang juruterbang mengikut tradisi rakyat Bhutan.
Selepas upacara perkahwinan selesai, pasangan pengantin diraja tersebut muncul di khalayak umum untuk bersama-sama meraikan hari bahagia mereka.

Acara perkahwinan diraja itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dan kira-kira 700,000 rakyat akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Sehubungan itu, kawalan keselamatan ditingkatkan bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.

Pemerintah yang terkenal dengan jolokan 'Raja Naga' itu mula menaiki takhta pada 2008 dan menyatakan kejelitaan serta keikhlasan yang dimiliki Pema menyebabkan beliau terpikat dengan gadis itu.

Rakyat Bhutan gembira dengan majlis perkahwinan diraja tersebut.

"Kami berasa gembira sejak Raja Jigme mengumumkan perkahwinannya pada Mei lalu.


"Melaluinya (perkahwinan), legasi keluarga diraja ini dapat diteruskan," kata penggubal undang-undang Bhutan, Jagar Dorji. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan