SINGAPURA, 17 okt - Penyelidik di rantau Asia Tenggara telah mengenal pasti dua varian genetik yang dikaitkan dengan kecenderungan dijangkiti denggi yang teruk.
Kajian yang dibiayai Wellcome Trust dan Agensi untuk Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) Singapura itu memberi petunjuk bagaimana tubuh bertindak balas terhadap jangkitan denggi.
Penyelidik kanan kajian, Prof Cameron Simmons dari Unit Penyelidikan Klinikal Universiti Oxford di Vietnam, berkata kajian mereka mengesahkan bukti epidemiologi bahawa sesetengah orang lebih cenderung mengalami jangkitan denggi yang teruk.
"Penemuan kami menawarkan petunjuk mengapa ini berlaku dan membuka jalan untuk kami meneroka bagi membantu memahami penyakit ini," katanya.
Seorang lagi penyelidik Dr Khor Chiea Chuen berkata kajian itu mengaitkan variasi genetik di dalam sel pembunuh semula jadi manusia sebagai 'suspek' yang meningkatkan kecenderungan seseorang mengalami jangkitan denggi yang teruk.
Penemuan itu diterbitkan hari ini dalam jurnal Nature Genetics.
Denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk paling lazim di dunia selepas malaria dengan kira-kira 100 juta jangkitan berlaku setiap tahun. Simptom meliputi demam biasa yang boleh melarat menjadi demam melampau dan boleh mengancam nyawa. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan