Makanan tertentu ada kesan atas rawatan dan kawalan penyakit
RAMAI orang mungkin sudah mengetahui bagaimana pemakanan boleh mempengaruhi rawatan untuk penyakit barah.
Sebelum kita berbicara mengenai melawan barah melalui pemakanan, marilah kita melihat dahulu punca-punca penyakit barah.
Barah adalah nama yang diberikan untuk sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel yang tidak normal di dalam tubuh kita.
Tiada punca khusus atau satu punca sahaja yang menyebabkan penyakit ini, sebaliknya ia disebabkan oleh gabungan beberapa sebab. Ini termasuklah:
Sekitaran bertoksin (beracun) Dalam sekitaran kita kini terdapat ratusan ribu bahan kimia. Malah, banyak produk yang digunakan di dalam rumah kita mengandungi toksin.
Stres Dalam dunia pekerjaan moden hari ini, seseorang pekerja perlu terus menunjukkan tahap kelakonan yang tinggi.
Mereka perlu mencapai sasaran dan menemui jangkaan yang telah ditetapkan. Ini semua boleh membawa kepada tekanan dan menjejas sistem daya ketahanan atau imuniti tubuh, lantas memudahkan virus, bakteria dan parasit menyerang tubuh tanpa diawasi.
Penghadaman tidak sempurna Semakin kita bertambah usia, terutama selepas usia 35 tahun, penghasilan beberapa keperluan di dalam tubuh kita untuk membolehkannya berfungsi dengan sebaik-baiknya mula merosot. Ini terutama benar bagi sistem penghadaman.
Penurunan jumlah enzim yang dikeluarkan boleh menjejas proses penghadaman dan kemudian membawa kepada malnutrisi iaitu masalah kekurangan zat makanan.
Ini semua boleh merubah keadaan tubuh hingga menyebabkan penyakit meresap.
Rawatan konvensional
Rawatan yang biasa diberikan untuk penyakit barah ialah:
Kemoterapi
Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan ubat-ubat untuk membinasakan sel-sel barah dengan menyekat pertumbuhan dan pembiakannya.
Radiasi
Terapi radiasi pula menggunakan tenaga-tenaga yang disasarkan untuk membunuh sel-sel barah, mengecutkan tumor dan memberi kelegaan kepada penyakit barah.
Pembedahan
Matlamat pembedahan yang dilakukan ke atas pesakit barah termasuklah membuang tumor, membentuk semula tubuh atau melegakan rasa sakit. Namun, banyak rawatan konvensional ini bertoksin dan memberikan kesan-kesan sampingan yang boleh memberikan reaksi negatif kepada tubuh.
Kisah pesakit barah
Kira-kira dua tahun lalu, ibu mentua saya telah didiagnosis menghidap barah payu dara dan setelah dinasihatkan anak lelaki sulungnya, beliau menjalani pembedahan untuk membuang buah dada. Selepas pembedahan, beliau menjalani kemoterapi. Semasa menjalaninya, beliau mengalami beberapa gejala yang disebabkan oleh kemoterapi itu seperti mual, keguguran rambut, berat badan merosot dan hilang selera makan. Bagi melawan gejala-gejala itu, doktor onkologinya telah memberinya lebih banyak ubat.
Apa yang lucu mengenai hal ini ialah ubat A diberikan, tetapi ia memberi beberapa kesan sampingan. Untuk mengatasinya, ubat B diberikan pula, menyebabkan senarai ubat yang diberikan menjadi lebih panjang. Ini membuat ibu mentua saya geram dan tidak mahu meneruskan rawatannya.
Kebanyakan pesakit barah melalui proses ini.
Mengapa pemakanan berkesan?
Kajian telah menunjukkan bahawa lebih 40 peratus pesakit barah bukan meninggal dunia kerana barah tetapi kerana malnutrisi.
Apabila tubuh diserang barah, ia akan memerlukan lebih banyak zat makanan untuk melawan barah itu.
Bagaimanapun, beberapa bahan pemakanan seperti selenium didapati menambah kesan-kesan kemoterapi dan radiasi ke atas sel-sel barah sambil melindungi sel-sel yang sihat. Bahan pemakanan ini boleh dimanfaatkan bersama rawatan konvensional dan secara bersama menyembuhkan pesakit.
Barah atau tumor boleh dan telah terbukti dapat mengecut atau pertumbuhannya diperlahankan melalui pemakanan dan makanan tambahan yang khusus. Mengurangkan pengambilan gula boleh melambatkan pertumbuhan tumor dan menghambat pembiakan sel-sel barah.
Pesakit barah juga boleh meraih faedah jika mengelakkan daging merah seperti daging lembu dan kambing dan daging putih iaitu daging ayam serta ikan dan makanan laut lain.
Ini kerana daging menambah asid di dalam tubuh dan tubuh yang berasid tinggi memudahkan pembiakan sel-sel barah.
Sebaliknya, pesakit disyorkan memakan lebih banyak sayur dan buah-buahan. Sebagai ganti zat protein mereka boleh makan kekacang, biji-bijian dan sumber protein lain seperti tempe dan tahu. Meminum jus buah-buahan juga lebih baik daripada memakan buah dalam bentuk penuhnya kerana seratnya yang sudah dikisar halus memudahkan penyerapan ke dalam tubuh.
Vitamin A, C dan E pula adalah sumber antioksidan penting bagi pesakit barah dan mereka memerlukan dos yang amat tinggi untuk meraih kesan positifnya. Begitu juga dengan vitamin B17 yang didapati daripada biji buah aprikot.
Vitamin-vitamin ini didapati dapat mengecutkan tumor barah dan meningkatkan imuniti pesakit.
Oleh Mohamed Rashidinz Shariff
Nota: Penulis seorang ahli ilmu naturopati berdaftar lulusan Youngson Institute of Natural Science, Australia, dan mengendalikan pusat rawatan naturopati, Darul Hikmah di sini. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel >atau telefon 8229-5143.
:: Artikel ini diambil dari Cyberita Online
RAMAI orang mungkin sudah mengetahui bagaimana pemakanan boleh mempengaruhi rawatan untuk penyakit barah.
Sebelum kita berbicara mengenai melawan barah melalui pemakanan, marilah kita melihat dahulu punca-punca penyakit barah.
Barah adalah nama yang diberikan untuk sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel yang tidak normal di dalam tubuh kita.
Tiada punca khusus atau satu punca sahaja yang menyebabkan penyakit ini, sebaliknya ia disebabkan oleh gabungan beberapa sebab. Ini termasuklah:
Sekitaran bertoksin (beracun) Dalam sekitaran kita kini terdapat ratusan ribu bahan kimia. Malah, banyak produk yang digunakan di dalam rumah kita mengandungi toksin.
Stres Dalam dunia pekerjaan moden hari ini, seseorang pekerja perlu terus menunjukkan tahap kelakonan yang tinggi.
Mereka perlu mencapai sasaran dan menemui jangkaan yang telah ditetapkan. Ini semua boleh membawa kepada tekanan dan menjejas sistem daya ketahanan atau imuniti tubuh, lantas memudahkan virus, bakteria dan parasit menyerang tubuh tanpa diawasi.
Penghadaman tidak sempurna Semakin kita bertambah usia, terutama selepas usia 35 tahun, penghasilan beberapa keperluan di dalam tubuh kita untuk membolehkannya berfungsi dengan sebaik-baiknya mula merosot. Ini terutama benar bagi sistem penghadaman.
Penurunan jumlah enzim yang dikeluarkan boleh menjejas proses penghadaman dan kemudian membawa kepada malnutrisi iaitu masalah kekurangan zat makanan.
Ini semua boleh merubah keadaan tubuh hingga menyebabkan penyakit meresap.
Rawatan konvensional
Rawatan yang biasa diberikan untuk penyakit barah ialah:
Kisah pesakit barah
Kira-kira dua tahun lalu, ibu mentua saya telah didiagnosis menghidap barah payu dara dan setelah dinasihatkan anak lelaki sulungnya, beliau menjalani pembedahan untuk membuang buah dada. Selepas pembedahan, beliau menjalani kemoterapi. Semasa menjalaninya, beliau mengalami beberapa gejala yang disebabkan oleh kemoterapi itu seperti mual, keguguran rambut, berat badan merosot dan hilang selera makan. Bagi melawan gejala-gejala itu, doktor onkologinya telah memberinya lebih banyak ubat.
Apa yang lucu mengenai hal ini ialah ubat A diberikan, tetapi ia memberi beberapa kesan sampingan. Untuk mengatasinya, ubat B diberikan pula, menyebabkan senarai ubat yang diberikan menjadi lebih panjang. Ini membuat ibu mentua saya geram dan tidak mahu meneruskan rawatannya.
Kebanyakan pesakit barah melalui proses ini.
Mengapa pemakanan berkesan?
Kajian telah menunjukkan bahawa lebih 40 peratus pesakit barah bukan meninggal dunia kerana barah tetapi kerana malnutrisi.
Apabila tubuh diserang barah, ia akan memerlukan lebih banyak zat makanan untuk melawan barah itu.
Bagaimanapun, beberapa bahan pemakanan seperti selenium didapati menambah kesan-kesan kemoterapi dan radiasi ke atas sel-sel barah sambil melindungi sel-sel yang sihat. Bahan pemakanan ini boleh dimanfaatkan bersama rawatan konvensional dan secara bersama menyembuhkan pesakit.
Barah atau tumor boleh dan telah terbukti dapat mengecut atau pertumbuhannya diperlahankan melalui pemakanan dan makanan tambahan yang khusus. Mengurangkan pengambilan gula boleh melambatkan pertumbuhan tumor dan menghambat pembiakan sel-sel barah.
Pesakit barah juga boleh meraih faedah jika mengelakkan daging merah seperti daging lembu dan kambing dan daging putih iaitu daging ayam serta ikan dan makanan laut lain.
Ini kerana daging menambah asid di dalam tubuh dan tubuh yang berasid tinggi memudahkan pembiakan sel-sel barah.
Sebaliknya, pesakit disyorkan memakan lebih banyak sayur dan buah-buahan. Sebagai ganti zat protein mereka boleh makan kekacang, biji-bijian dan sumber protein lain seperti tempe dan tahu. Meminum jus buah-buahan juga lebih baik daripada memakan buah dalam bentuk penuhnya kerana seratnya yang sudah dikisar halus memudahkan penyerapan ke dalam tubuh.
Vitamin A, C dan E pula adalah sumber antioksidan penting bagi pesakit barah dan mereka memerlukan dos yang amat tinggi untuk meraih kesan positifnya. Begitu juga dengan vitamin B17 yang didapati daripada biji buah aprikot.
Vitamin-vitamin ini didapati dapat mengecutkan tumor barah dan meningkatkan imuniti pesakit.
Oleh Mohamed Rashidinz Shariff
Nota: Penulis seorang ahli ilmu naturopati berdaftar lulusan Youngson Institute of Natural Science, Australia, dan mengendalikan pusat rawatan naturopati, Darul Hikmah di sini. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel
:: Artikel ini diambil dari Cyberita Online

Tiada ulasan:
Catat Ulasan