Rabu, 26 Oktober 2011

MELAPANGKAN KEHIDUPAN YANG SEMPIT

Beberapa petua yang merupakan anak kunci pada pintu-pintu rezeki. Cubalah siapa tahu ia benar-benar boleh membuka pintu-pintu rezeki seluas-luasnya.

  1. Dalam Surah Al-A'raf ayat 96, Allah SWT menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud, "Dan (Tuhan berfirman lagi), sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpahkan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan."
  2. Banyakkanlah berdoa, sebab doa boleh mengubah takdir.
  3. Berbanyak-banyak mengeluarkan sedekah. Allah SWT telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.
  4. Jika masih ada ibu bapa berbuat baiklah kepada mereka. Jika ibu ayah telah tiada, berbuat baik dengan mana-mana orang tua terutama yang ada pertalian darah..
  5. Beristighfar banyak-banyak. Sabda Rasulullah maksudnya, "Barang siapa memperbanyak istighfar, maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'I, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ra)
  6. Solat duha.
  7. Baca Surah al-Waqi'ah. Al-Dailami meriwayatkan sebuah hadis dari Anas bin Malik bahawasanya Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Ajarkanlah kepada isteri-isteri kamu Surah al-Waqi'ah kerana ia adalah surah kekayaan."
  8. Beri makan haiwan.
  9. Jangan menyeksa binatang.
  10. Jaga silaturahim. Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim." (Hadis Riwayat Bukhari)
  11. Bayar zakat.
  12. Menyempatkan diri beribadah. Ini berpaksikan firman Allah SWT dalam satu hadis qudsi yang bermaksud, "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. ." (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah ra)
  13. Tinggalkan perbuatan dosa. Rasulullah bersabda yang bermaksud, "… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmidzi)
  14. Buat baik dan tolong orang yang lemah. Dasarnya hadis Rasulullah yang bermaksud, "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
  15. Tunaikan hajat orang. Allah akan melapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah, "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka ALLAH akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan