JAKARTA - Naib Presiden Indonesia, Boediono semalam memberi amaran kemungkinan Indonesia berhadapan krisis makanan pada masa depan akibat pertambahan penduduk di negara itu.
"Secara umum, pengeluaran makanan seimbang dengan pertambahan penduduk tetapi jumlah itu tidak mencukupi kerana pengeluaran makanan perlu lebih tinggi berbanding pertambahan penduduk," katanya semasa sambutan Hari Makanan Sedunia di wilayah Gorontalo, semalam.
Menurut Boediono, Indonesia perlu mengambil beberapa langkah penting untuk meningkatkan pengeluaran makanan di negara keempat dengan penduduk paling ramai di dunia.
"Indonesia beruntung kerana memiliki banyak sumber asli di laut dan daratan jadi malah isu krisis makanan tidak seharusnya timbul jika kita tahu bagaimana untuk menguruskan sumber alam sebaik mungkin," katanya.
"Secara umum, pengeluaran makanan seimbang dengan pertambahan penduduk tetapi jumlah itu tidak mencukupi kerana pengeluaran makanan perlu lebih tinggi berbanding pertambahan penduduk," katanya semasa sambutan Hari Makanan Sedunia di wilayah Gorontalo, semalam. Menurut Boediono, Indonesia perlu mengambil beberapa langkah penting untuk meningkatkan pengeluaran makanan di negara keempat dengan penduduk paling ramai di dunia.
"Indonesia beruntung kerana memiliki banyak sumber asli di laut dan daratan jadi malah isu krisis makanan tidak seharusnya timbul jika kita tahu bagaimana untuk menguruskan sumber alam sebaik mungkin," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan