BURBANK, California 16 Okt. Persatuan Media Alam Sekitar mengiktirafkan enam produksi Hollywood yang mempromosikan isu-isu alam sekitar kepada masyarakat.
Filem animasi Yogi Bear dan dokumentari Revenge of the Electric Car terbitan Warner Bros, diberi pengiktirafan tersebut pada parti ulang tahun ke-21 dan majlis anugerah yang berlangsung di Warner Bros. Studios di Burbank, California, semalam.
Siaran televisyen Futurama, CSI: Crime Scene Investigation, HGTV Green Home 2011, Real Time with Bill Maher dan rancangan kanak-kanak Bubble Guppies turut memenangi anugerah tersebut kerana meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar.
Sementara itu, penyanyi terkenal, Justin Timberlake menerima EMA's Futures Award atas sumbangannya dalam bidang ekologi termasuk sokongan terhadap isu-isu alam sekitar, mengambil langkah-langkah menyebarkan maklumat mengenai alam sekiutar serta 'menghijaukan' konsert persembahannya dan memiliki padang golf yang mesra alam dekat Memphis. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan