CINCIN pertunangan milik Crystal Harris.
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) : Crystal Harris yang merupakan bekas tunang pemilik majalah bogel Playboy, Hugh Hefner, melelong cincin pertunangan mereka yang dibeli pada harga AS$90,000 (RM279,652), lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pembeli misteri membayar AS$47,500 (RM147,511) untuk barang kemas tersebut selepas dicampur cukai dan beberapa caj lain.
Harga itu lebih tinggi daripada anggaran beberapa jurulelong.
Satu sumber menyatakan kepada laman hiburan TMZ bahawa Crystal tidak lagi mahu memandang cincin tersebut kerana ia membawa kenangan pahit.
Crystal yang merupakan bekas model Playboy memutuskan pertunangan dengan Hefner pada Jun lalu. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan