Rabu, 15 Jun 2011

Wanita India derma darah paling sedikit

NEW DELHI - Wanita di India adalah antara penderma darah paling rendah di dunia, menurut kajian pertama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai corak pendermaan darah mengikut jantina.

Tinjauan terbaru WHO itu mendapati hanya enam peratus daripada 4.6 juta orang penderma darah di India pada 2008 adalah golongan wanita.

Sebanyak 13 daripada 100 negara dalam kajian WHO mempunyai peratusan penderma darah wanita yang sangat rendah, iaitu di bawah 10 peratus.

Sementara itu, lebih 40 peratus bekalan darah di 25 negara termasuk Australia, Azerbaijan, Mongolia, New Zealand, Swaziland, Thailand, Amerika Syarikat dan Zimbabwe diterima daripada wanita.

Kajian itu turut menunjukkan penderma di negara kaya selalunya berumur 44 tahun ke atas manakala negara berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai golongan penderma darah yang lebih muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan