Selasa, 14 Jun 2011

Vaksin demam denggi dilancar 2015

BANGKOK - Kumpulan pakar perubatan Perancis, Sanofi mengumumkan vaksin wabak demam denggi yang membunuh ribuan orang di seluruh dunia pada setiap tahun akan dilancarkan menjelang 2015.

Ketua kumpulan perubatan itu yang berpusat di Bangkok, Jean Lang berkata, vaksin 'Phase III' itu akan dipasarkan kira-kira empat tahun lagi.

Kejayaan pelancarannya bergantung kepada persetujuan dan kebenaran undang-undang di setiap negara selepas diuji secara kilinikal.

Kira-kira 4,000 kanak-kanak diserang demam denggi di wilayah Ratchaburi akan diberi suntikan vaksin itu untuk membuktikan keberkesanannya penghasilan vaksin terbabit.

Wabak demam denggi sering melanda negara membangun dan sekurang-kurangnya 50 juta penduduk dunia berhadapan masalah diserang demam denggi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan